Zull Design Autotronic telah tampil kehadapan dengan memperkenalkan satu sistem ternakan ikan laut di dalam kolam fibre dan kanvas yang berteknologi tinggi yang dikendalikan oleh Bahagian Kejuruteraan Marine Zull Design Autotronic.

Bahagian ini ditubuhkan berikutan hasil kejayaan R & D ikan kerapu, ikan merah dan siakap laut selama tujuh(7) tahun.

Teknologi ternakan ikan laut didalam kolam fibre dan kanvas yang dinamakan Oceantronic ini membolehkan pengusaha-pengusaha kecil berpeluang melibatkan diri di dalam bidang perikanan dan industri berasaskan ikan dengan hanya memerlukan modal dan ruang kawasan yang sangat minima.

Sistem ternakan ikan ini menggunakan satu konsep mudah iaitu dengan meniru persekitaran semulajadi habitat asal ikan ke atas daratan dengan menggunakan garam tiruan sebagai pengganti garam laut untuk menghasilkan air masin yang sesuai tahap kemasinannya bagi ikan air laut.

Dengan tertubuhnya Kejuruteraan Marine ini, kini Zull Design Autotronic dapat membuka lebih banyak peluang dalam memperkembangkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perikanan.

Sistem Oceantronic

Sistem Oceantronic merupakan satu kaedah pemeliharaan ikan di dalam kolam kanvas dan menguruskan proses pengaliran, pengairan, pengudaraan dan penapisan yang sistematik. Keupayaan Sistem Oceantronic ini adalah ia mampu memelihara spesies ikan air masin atau ikan air tawar dan mencapai tahap tumbesaran pasaran dengan jayanya.

Sistem yang diperkenalkan ini berupaya menjana pengeluaran ikan jenis air tawar mahupun jenis air masin tanpa memerlukan persekitaran semulajadi ikan. Ikan yang dihasilkan daripada kolam ini dijamin dari segi kualiti dan tidak berbau hanyir kerana kandungan air dan pemakanan yang sentiasa bersih dan hygenic.

Ikan Siakap merupakan ikan air masin yang berpotensi untuk dipelihara serta mempunyai harga pasaran dan permintaan yang tinggi. Namun begitu ikan siakap merupakan ikan yang sensitif jika dibandingkan dengan air tawar. Oleh itu, keadaan yang sesuai dan menyamai habitat semulajadi ikan siakap perlu dihasilkan untuk memastikan penternakan ikan siakap berjaya.
Sistem Oceantronic mampu menghasilkan keadaaan habitat siakap semulajadi sekaligus berjaya menternak ikan siakap ini sekalipun dilokasi yang jauh dari kawasan laut. Selain daripada itu, ikan peliharaan Oceantronic ini lebih organik kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang selalunya digunakan oleh penternak melalui ubat-ubatan. Sistem Oceantronic juga berkemampuan untuk membolehkan ikan siakap mencapai spesifikasi pasaran dari segi saiz dan kualiti.