LATAR BELAKANG

Zull Design Autotronic mula beroperasi pada penghujung tahun 80-an. Nama ZULL” diinspirasikan daripada nama Pengarah Urusan Syarikat, Zulkifli Hj. Haron , seorang pereka cipta peralatan berteknologi di negara ini.
Beliau telah berjaya membina reputasi Zull Design Autotronic sebagai sebuah syarikat yang boleh merealisasikan impian para pelanggan daripada pelbagai sektor melalui bidang penciptaan memandangkan sebelum ini, peralatan berteknologi didominasi oleh syarikat luar.
Peningkatan kepercayaan serta kesedaran pengguna dan organisasi masyarakat Malaysia mengenai kos masa kini juga menyumbang kepada perkembangan syarikat kerana semakin banyak organisasi mula memberi perhatian serius ke arah penjimatan tersebut dan menjadikan Zull Design Autotronic sebagai satu pemangkin.
Penglibatan Zull Design Autotronic dalam bidang rekacipta juga mendapat liputan meluas dan menjadi sasaran media serta mendapat restu daripada Kerajaan Pusat dan Negeri. Galakan dan insentif daripada kerajaan telah membangkitkan semangat dan memberikan nafas baru kepada Zull Design Autotronic untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia bukan hanya sekadar pengguna tetapi mencipta peralatan yang setaraf dengan teknologi luar dan tidak semata-mata bergantung kepada mereka.
Zull Design Autotronic , menawarkan perkhidmatan :-
  • *  Rekaan mesin atau alat mengikut spesifikasi yang di tentukan oleh pelanggan .
  • *  Membaik pulih peralatan berteknologi seperti sistem robotik atau mengubahsuai mesin import yang tidak efisyen .
  • *  Kerja menaik taraf projek –projek khas
  • *  Khidmat nasihat , Kursus dan latihan .
  • * Ternakan ikan air masin di dalam tangki fiber yang menggunakan “Sistem Oceantronic”.
Atas dasar itulah, maka Zull Design Autotronic menjuruskan perniagaan dalam bidang penciptaan memandangkan penerokaan ini memberikan makna simbolik kepada hasrat kerajaan. Di Zull Design Autotronic, kami percaya kreativiti anak tempatan adalah setanding dengan masyarakat barat malahan kadangkala melebihi ‘standard’ pemikiran mereka. Sokongan masyarakat Malaysia bakal menyaksikan produk tempatan boleh berdiri sama tinggi dan boleh dibanggakan.

SEJARAH ZDA

Zull Design Autotronic memulakan perniagaan dengan kerja-kerja membekal penghawa dingin dan pendawaian bas serta bimbingan teknikal kepada mekanik-mekanik bas milik syarikat MARA HOLDINGS SDN. BHD. Aktiviti penciptaan pula telah bermula seawal 1986 dengan ciptaan awalnya sebuah kereta yang dipasang dengan sistem automasi dan boleh bergerak sendiri tanpa pemandu.

Produk ZDA mendapat perhatian Kerajaan

Zull Design Autotronic mula dikenali ramai apabila berjaya menghasilkan “LOT 2020″ iaitu sebuah rumah pintar berkuasa solar dan mesra alam, sempena Hari Alam Sekitar 1990 dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada masa itu, DYMM Sultan Azlan Shah.

Robot Pengesan Terowong

Syarikat swasta juga kini telah mula memberikan penumpuan kepada syarikat kami untuk menghasilkan peralatan yang sukar didapati di negara ini. Kebolehan kami merekacipta mengikut keperluan mereka, kos yang murah dan alat ganti serta penyelenggaraan tempatan menjadikan syarikat kami sebagai pilihan mereka. Lanjutan daripada kejayaan ini, Zull Design Autotronic berkembang semakin maju dalam perniagaan rekacipta berteknologi dan menerima permintaan menggalakkan dari pelbagai sektor , baik daripada segi pembuatan mahupun khidmat nasihat.

 

 

Objektif, Visi & Misi

Perniagaan kami mempunyai objektif seperti berikut :-
  • *  Menghasilkan rekaan yang bermutu tinggi dan menepati kehendak pelanggan.
  • *  Merekacipta peralatan yang setanding dengan produk luar negara.
  • *  Menghasilkan ciptaan menggunakan komponen tempatan agar memudahkan tugas penggantian alat ganti.
  • *  Menghasilkan ciptaan dengan harga yang lebih murah daripada peralatan import
  • *  Memastikan perkhidmatan selepas jualan yang efisyen.

Visi kami di Zull Design Autotronic adalah sentiasa memberikan kerjasama dan khidmat nasihat kepakaran dalam setiap rekaan kepada pelanggan sama ada sebelum atau selepas barangan siap dihantar dan digunakan, bagi meyakinkan pelanggan dan seterusnya menjamin kepuasan mereka. Misi ZullDesign Autotronic adalah berusaha meluaskan bidang perniagaan yang berpotensi ini dan melatih anak muda tempatan agar menceburkan diri dalam bidang perniagaan rekacipta. Selaras itu, kami sedang berusaha untuk menambahkan bengkel latihan dan pusat rekreasi bagi melatih dan memberikan ruang pekerjaan buat mereka.