Sejarah Rekaan

Kronologi Hasil Idea & Inovasi Zull Design Autotronic

TAHUN PRODUK / REKA CIPTA
1984 Penghasilan Kereta Berkomputer – Bergerak secara automatik tanpa kawalan. – Penggunaan engin elektrik dan dilengkapi dengan alat kawalan dan keselamatan.
1985 Reka Alat Penghawa Dingin ( Portable Aircond )- Sebuah alat penghawa dingin yang boleh di pasang di depan pentas , padang , bilik kuliah dan sebagainya . – Tidak memerlukan sebarang penyambungan paip .Pada tahun 2000 , salah sebuah syarikat Jepun telah mengeluarkan produk portable Aircond seperti yang dihasilkan oleh Zull Design Autotronic
1986 ’Jalan Pintar’ – Digunakan untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di bandar pintar .Tahun 2005 sistem data ’Jalan Pintar’ di pasang di bandaraya sehinggalah sekarang .
1987 Mesin Dodol Berkaki Empat – Dihasilkan untuk pengusaha – pengusaha dodol.
1988 Rumah Lot 2020 - Kajian selama 2 tahun untuk menghasikan sistem sahabat alam sekitar dan mengelakkan pencemaran serta pembaziran sumber alam. – Rumah ini bercirikan sains dan teknologi dan dikawal oleh sistem komputer dengan bekalan elektrik dari tenaga solar .Telah dirasmikan Oleh DYMM. Sultan Azlan Shah.
1989 Basikal Solar- Bermulanya era tenaga sampingan iaitu penggunaan Solar panel sebagai sumber pengganti bekalan tenaga elektrik.
1990 Pam Solar .- Berfungsi untuk mengisi minyak di kawasan –kasawan pendalaman .
1991 Sistem Hovercraft – Menggunakan kuasa angin .Penghasilan hovercraft ini adalah untuk penggunaan penduduk tempatan.
1992 Membina Mini Monoril - Untuk kemudahan beriadah.
1993 Membina Kawasan Graviti Sifar – Untuk kajian di kawasan Ulu Yam , bertempat di Laman Bistari Resort .
1994 Penghasilkan Sebuah Robot- Digunakan untuk mengawas keadaan di dalam terowong dengan menggunakan kamera.
1995 Menghasilkan Sistem Rumah Pintar- Keseluruhan sistem ini di kawal menggunakan arahan yang di sampaikan di set . Penghasilan Mesin Dodol Model Baru
1996 Penghasilan Kereta Solar- Menggerakkan menggunakan kuasa solar bagi menggantikan penggunaan minyak.
1997 Fabrikasi mesin-mesin untuk kilang perindustrian.
1998 Mencipta Robot - Di kenali sebagai robot ’Samdol’ – Digunakan untuk pembersihan kawasan persekitaran
1999 Merekacipta mesin – mesin pemakanan seperti penekan putu , putu mayam dan lain – lain.
2000 Fabrikasi untuk kenderaan orang kurang upaya dengan mengautomasikan gerakan biasa melalui kawalan set panel butang khas.
2001 Menghasilkan Kerusi Roda Automatik- Menggunakan bateri charger untuk bergerak tanpa bantuan tenaga manusia.
2002 Sistem Kepakaran Diautomasikan (ATI-S)- Alat yang digunakan untuk ujian memandu kenderaan bagi mengelak penipuan semasa uji pandu kenderaan.
2003 Beca Elektrik ( Human Power Booster )- Membantu mempermudahkan pergerakan dan meringankan beban semasa mengayuh.
2004 Mencipta Robot untuk Institut Penyelidikan Nuklear Malaysia – Berfungsi menggantikan tugasan manusia dalam kerja – kerja keselamatan apabila berlaku kecemasan di dalam radioaktif .
2005 Kerja fabrikasi dan menaik taraf Dewan Menembak .
2006 Mencipta mesin tenunan Songket Menghasilkan mesin –mesin IKS seperti mesin bubur cha –cha , maruku dan lain –lain lagi.
2007 Kajian mengenai sistem penjagaan pokok Strawbery yang di kawal oleh Sistem RFID.Ternakan ikan siakap di dalam kanvas dengan menggunakan Sistem Oceantronic
2008 Penemuan terbaru mesin – mesin IKS seperti mesin roti jala , mesin sepit dan mesin kuih siput
2009 Fabrikasi ’Robotic Mobile Vehicle Sawit’- Penemuan teknologi pisau toreh getah yang di namkan ’pitoge’
1 2 3